Thursday, January 12, 2012

ADA DUA PILIHAN

Terbaca dalam berita utusan malaysia semalam mengenai ujian lesen memandu. Mulai Jun 2012, rakyat malaysia diberi pilihan untuk mengambil lesen memandu dengan menggunakan kenderaan transmisi automatik atau manual...wah terbaikkkk.....Lepas ni nak pegi minta keje kat sekolah memandu lah. Nak jadi Cikgu memandu lak. Setakat kereta Automatik, aku pun bleh ajar...HakHakHak (poyo je)

Kereta Transmisi Automatik


Kalau dilaksanakan dari dulu lagi tak payah la aku susah2 sampai 2 kali mengulang duit pn banyak melayang...hahaha..tapi kira ok lagi 2 kali ulang,aku tgk orang lain sampai ada yang lima kali. Ramai yang fail masa mendaki bukit. Paling kesian, bila mereka yang melakukan kesalahan mandotori iaitu kesalahan yang membahayakan pemandu lain dan tak boleh dipertimbangkan lagi. Baru je keluar gate sekolah memandu, JPJ ambil tempat di bhagian memandu..apa tandanya 2? Tandanya budak 2 gagal dalam ujian jalan raya..semua yang tunggu giliran utk diuji tergelak. Kesian Budak 2, betapa malunya dia. Aku bleh bayangkan perasaannya sebab bagi aku,klu tak biasa memang susah bawa kereta manual ni.

Kereta Transmisi Manual


Tapi tak kisah lah at least aku bleh bawa dua jenis kereta sama ada manual atau automatik berbanding mereka yang mengambil lesen dengan transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan menggunakan kereta automatik saje. Apa2 pun aku sokong niat kerajaan ingin lahirkan pemandu yang berkualiti...(',')




No comments:

Post a Comment