Monday, October 25, 2010

سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


Miss puteri ingin berkongsi sedikit petua pada mereka yang bercinta jarak jauh cam miss puteri...memang MP akuai jika kita tidak pandai kawal emosi, kemungkinan sesebuah hubungan hanya separuh jalan tu boleh berlaku bila-bila masa saje.. so, terdapat enam untuk kekalkan hubungan supaya ia terus bertahan..insyaAllah...
(A)Kejujuran dan kepercayaan
Bila dah berjauhan kepercayaan sangat penting dan yakin dengan dengan kejujuran pasangan..Percaya lah pada takdir.

(B)Kesetiaan
kesetiaan penting bagi pasangan yang bercinta jarak jauh. terutama sekali mereka yang belum ada apa-apa ikatan. yelah kalau yang dah bertunang mesti mereka berfikir sebelum melakukan sesuatu yang boleh rosakkan hubungan..mana tak nya kalau putus tunang msti malu..kebanyakkan kes, kaum lelaki lebih kerap berlaku curang

(C)Jangan letak harapan tinggi pada pasangan
Dengan kata lain mengharapkan sesebuah hubungan akan berakhir dengan kebahagiaan kerana ia akan membuatkan kita merana jika apa yang diimpikan tidak terlaksana ini kerana hubungan jarak jauh berisiko tinggi jika kita tidak pandai menyesuaikan keadaan.

(D)Beremosi
jaga emosi anda saat berjauhan. jangan berprasangka buruk dengan mengandaikan pasangan kita berlaku curang..jangan emo k..think positif....

(E)Komitmen
komitmen penting dalam hubungan. Jika kita dan pasangan masing-masing memberikan komitmen sepenuhnya, insyaAllah hubungan akan berjaya...

(F)Sentiasa Berhubung
komunikasi penting bagi hubungan jarak jauh. jangan biarkan pasangan merasakan diri kesunyian kerana bimbang pasangan akan mencari keseronokan dengan teman baru. jika berjauhan, kemudahan teknologi perlu digunakan sebaik mungkin. SMS, MMS, Call hantar emel dan sebagainya. boleh juga menghantar hadiah dengan satu nota yang tertera ' I LOVE U'. mungkin pasangan akan merasa dihargai dan kasih sayang akan bertambah erat walau berjauhan..

apapun miss puteri nk ingatkan bahawa cinta jarak jauh menuntut 'PENGORBANAN DAN KESETIAAN YANG TINGGI'.



Saturday, October 23, 2010

PeRaSaan RiNdu TAhap MAksiMum


Haloo……
Saat ni miss puteri sangat rindukan MR.K…akhir-akhir ni MP kurang mendapat perhatian dia..lumrah la kaum hawa, klu dah rasa hubungan semakin dingin mesti ada yang tak kena kan?
Tapi MP faham situasi dia sekarang. Kampong MP sekarang tengah sibuk dan kalut dengan pilihanraya kecil. So MR.K terpaksa bertugas dan stanby untuk pilihanraya bulan depan.
Dalam hati MP berkata ‘cepat-cepat la tiba tarikh mengundi..MP tak tertahan menanggung beban rindu yang semakin sarat ni'..hehehe…anyway MP harap dia dapat bersabar dengan tugasnya..MP tahu dia pun penat kerja 24 jam.makan minum tak tau la mcmna. MP pn terpaksa sabar dan MP nk jadi seorang yang memahami. Kepada MR.K, ingat lah MP sentiasa di sisi n menyokong MR.K dari belakang….miss u…

Friday, October 22, 2010

Program Bakti Siswa (BAKSIS)


Hai….
Miss puteri baru je balik dari Terengganu..letih sangat2. Perjalanan dari Terengganu ke kedah mengambil masa lebih kurang 11 jam. Tapi apa2 pn MP enjoy sbb dapat tolong penduduk kampong sesuai dengan tema program ni ‘SATU HARAPAN KOMUNITI DI MARTABATKAN’. MP gembira dapat keluarga angkat yang baik dan melayan kami sebaik mungkin. Empat hari bersama mengeratkan lagi hubungan kami.rasa tak puas bersama.
Tapi adat pertemuan pasti ada perpisahan.itu MP kena terima. Saat untuk berpisah dengan keluarga angkat, MP berusaha untuk tidak menangis. Tapi air mata MP tumpah jua bila berpelukan dengan chek yang MP anggap ibu MP. Dada MP sakit dan sebak..tak tertahan rasenya. Tapi MP sedar perjuangan MP untuk mendapatkan segulung ijazah harus diteruskan. Insya Allah MP akan ke sana lg.

kelurga angkat

adik2 ku Ami, me, alik, aini dan lokman


WELCOME TO MY BLOG


Assalamualaikum....
Hari ni saya dapat pelajaran baru daripada cik lavvy…thanks mt friend bcoz ajar miss puteri berblog..sekarang miss puteri sudah bergelar seorang blogger..jgn lupa follow miss puteri ye…miss puteri akan jenguk dan follow blog korang nanti…