Saturday, December 10, 2011

Alhamdulillah...berbaloi pengajian selama 3 tahun

Niat hati bukan mahu menunjuk, tapi sekadar luahan hati dan berkongsi kegembiraan dengan semua. Syukur alhamdulillah full result telah pun diumumkan. Syukur sgt2 dengan result semester akhir sekaligus merupakan result sebenar bagi tempoh pengajian aku selama 3 tahun di Universiti Utara Malaysia.

Kadang-kadang rasa rugi tak study rajin-rajin masa semester 1,2,dan 3.. Semester 4,5 dan 6 baru minda ku terbuka untuk terus berjuang mendapatkan result yang terbaik selepas aku mendapat surat daripada pihak uum untuk menghadiri satu ceramah 'Jihad Ilmu' untuk pelajar-pelajar yang mendapat CGPA bwh 3.00. Perasaan malu telah meransang aku untuk meningkatkan CGPA, hasilnya aku berjaya.

Semester akhir juga banyak pengalaman yang mematangkan aku. Sentiasa dengan linangan air mata dek kerana teman-temanku, konflik yang timbul dan fitnah. Nasib ada roomate yang sentiasa memberi nasihat dan memahami aku. Masalah menjadikan aku lebih bersemagat untuk membuktikan kepada mereka yang menfitnah aku, yang aku boleh berjaya tanpa mereka.

Anyway aku nak ucapkan terima kasih pada lecture dan praktikum aku Dr. Nazaruddin dan En.Abd Aziz Ahmad kerana telah menilaiku dengan baik. Terima kasih juga kepada semua kakitangan KESEDAR especially Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia kerana berkongsi ilmu dan memberikan aku tugas. Kalau takde tugas tak dapat la aku karang report...:)

Sekarang aku sudah berkerja sebagai account clerk di sebuah company. Sudah tiba masanya aku membantu ma dan abah..InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusanku dalam mencari perkerjaan yang lebih baik.. Assalamulaikum.....

Monday, December 5, 2011

Wanita Dianugerahkan Sifat penyanyang


Pernahkah korang tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang



Tuesday, September 13, 2011

TENGAH MENCARI MOOD REPORT

Anyway aku nak juga tulis something dalam blog pada tarikh ni....suka tarikh ni 13 September 2011 sebab besday someone yg special...this video dedicate to him...


Tik tok tik tok..saat, minit, jam, hari, bulan terus berlalu tanpa berhenti sesaat pun...lagi 2 minggu nak menghabiskan sisa praktikum di KESEDAR...aku entah ke mana, buku log entah ke mana dan report entah ke mana...aku masih dalam khayalan aku..tak sedar report baru je 20% siap..malasnya aku ni...due date dah dekat..orang lain tengah kalut siapkan report aku masih dalam dunia ku.....huhu

This week, aku sibuk giler2 nga keje bertambun atas meja aku..mengalahkan staff keje atas meja ku...minit mesyuarat, powerpoint untuk bos aku yang buat..mcm aku plak yang nak buat presentation...tapi aku suka, at least aku dapat belajar satu yang baru dan bos meletak kepercayaan kt aku untuk siapkan semua keje tu....

Bulan ni juga banyak jemputan majlis rumah terbuka hari raya..KESEDAR sendiri buat rumah terbuka..So bertambah kalut lah aku menyiapkan surat jemputan untuk beratus orang..sampai terpaksa sambung kat umah dan buat kerja lebih masa..

Baru aku merasai tekanan kerja yang sebenar..3 kerja nak disiapkan dalam masa yang sama..adoiii pening...bila lah aku bleh sentuh report aku kalau macam ni lah gayanya...takpa lah..untuk merebut markah tinggi dari majikan aku sanggup walaupun penat..harap result yang aku dapat nanti berbaloi dengan apa yang aku lakukan selama 4 bulan dalam jabatan ni....:))))

my bos En.Aziz


Monday, September 5, 2011

Sekiranya Dia Ditakdirkan Untukku

5 September 2004 terseminya cinta antara dara dan teruna...saling sayang menyayangi antara lelaki dan wanita merupakan fitrah hidup...saling percaya mempercayai, kejujuran, keikhlasan kesetiaan, kesabaran dan menerimanya seadanya menjadi perkara utama yang dijaga...7 tahun cinta bersemi, ku memohon kepadaMu Ya Allah semoga cinta dan kasih sayang antara kami berkekalan dan menemui penghujung yang baik iaitu perkahwinan seperti yang dikehendaki olehMu...



سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi


Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera


Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa


Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya


Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku


Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU


Amin Ya Rabbal Alamin




Sunday, August 7, 2011

PUASA LAGI.....

jangan lupa niat pausa yee...



Alhamdulillah...aku masih diberi kesempatan bertemu bulan ramadhan tahun ni..dah seminggu berpuasa..suka dapat berpuasa dengan family..tambah2 dapat merasa masakan air tangan ma yang tersayang..kadang-kadang  rasa sedih gak sebab teringat kenangan sahur dan buka puasa ngan member-member kat uum.bermacam-macam 
dugaan terpaksa dijalani....



First day puasa, boring ya amat..nak buka facebook dan youtube pihak bahagian IT Block lak..tujuannya untuk memastikan staf buat kerja bukan duk mengadap facebook 24 jam...Hari pertama ni juga lah aku tak dapat berbuka puasa dengan ma...sebabnya ma terpaksa balik kampong jaga nenek yang sakit tenat...so aku bersahur dan buka puasa nga abah dan adik-adik je..terpaksa la ku pikul tugas suri rumah, tugas rasmi ma aku..baru ku rasa susahnya klu ma tak ada..

Paling gembira bila abah puji aku pandai masak...abah kata dah boleh kawin ni....hehe...aku tersengih-sengih..bila lah masa tu akan tiba...(menanti dengan sabar..abah dah bagi lampu hijau....hu..hu)

Hari kedua puasa, aku sekeluarga menerima berita sedih, nenek aku telah pergi buat selama-lamanya..aku sedih tak dapat melihat wajahnya buat terakhr kalinya..tapi aku bersyukur jenazah nya diuruskan dengan cepat dan dia pergi ketika umat islam menjalani ibadat puasa..bulan yang penuh barokah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Aku berharap puasa kali ini lebih bermakna dan kita semua mendapat keberkatan dariNya..Insya’ Allah

selamat menunaikan ibadat puasa dari cik husna sekeluarga

Sunday, June 19, 2011

First Day Praktikum

Waduh2..lama btul tak update blog ni....dah takde masa nk online maklum lah aku skrg dh masuk alam pekerjaan..jd komitmen tu kena ada wlapun hnya menjalani prktikum..bukan keje dapat gaji pun....

Hari pertama aku menjalani praktikum mcm2 dugaan terpaksa ku tempuh..bangun seawall 6 pagi..dh siap2 tiba2 lak kete tak bleh nk start..geram nya..terpaksa la call Mr.K sruh antar..smpai2 depan gate pak guard plak x bagi masuk..dh masuk kawasan ofis ada plak baca doa pagi2..adoi sume mata tertumpu pada aku..aku pn confius nk terus jalan ken k berhenti sambil menadah tangan..rasa pelik lak..kenangan tak dapat dilupakan, dh la ari pertama.buruk rekod aku sbb nya ari pertama dh kena push card..tak pasal2 dh warna merah sbb aku sampai di pejabat kul 8.07 pagi...

Masuk je bhagian pentadbiran dan sumber manusia..aku terus lapor diri..terkejut monyet tgk rmai org..dalam hati terdetik,tak kan la budak praktikal sampai 20 orang..ish3..tak mungkin...lps En.Nasir mengarahkan ‘SEMUA’ org ikut dia pegi bilik mesyuarat..aku pun ikut la...ingat kan taklimat untuk budak prktikal..smpai bilik mesyuarat, sume amik tempat duduk termasuk aku..En.Nasir bagi fail pada semua org kecuali aku..

Aku rasa pelik..knapa aku tak dapat fail...En.Nasir Tanya aku “Kenapa awak xde fail..nama apa?jawatan apa?......aku semakin binggung..

Aku bgtau..”saya prtikal encik...”

En. Nasir cakap “Oooo....student prtikal kena trun bawah..tempat pentadbiran yang awak masuk tadi..ni sume pegawai-pegawai baru yang lapor diri ari ni”

Ya Allah malunya...terasa darah naik perlahan kt muka...rupa-rupanya pegawai baru pn alpor diri 1 jun jgk..geram btul aku,,tadi kata semua ikut, sedangkan dia dah tahu ada bdk prktikal dua orang dalam tu...

Sampai bhgian pentadbiran, aku lapor diri nga penyelia aku en.Aziz..aku diberi meja nga kusi je..PC xde pn..boringnya..xde keje nk buat hari pertama..so, aku duduk la sampai la pkul 5 ptg..rasa serik nk pegi keje sbbnya boring..tapi Alhamdulillah hari kedua aku dh dapat sesuaikan diri dan dah ada tugas untuk aku..

Sekarang jumpa en.nasir aku tersengih-sengih teringat kenangan ari pertama..anyway aku suka keje kt sini sbb staff smua sporting.......(‘?’)

Monday, May 30, 2011

BERAKHIRNYA ALAM PENGAJIAN


Tepat jam 11.00 pm, 22 Mei 2011 tamatlah pengajian selama 3 tahun di Universiti Utara Malaysia..last nga paper AutoCAD..fuhhh!! mmg mencabar..abis exam kami buat sedikit photoshot kt dewan mas dan pegi mkn2..maklumlah dh merdeka, tak payah dh nak study2 lps ni..Alam pengajian telah pun berakhir..harap hasilnya nanti baik..

Tetiba rasa kecut perut nak menjalani kursus praktikum selama 4 bulan lepas ni..mcmna la nanti.harap sumenya okay.. insyaAllah 1 Jun 2011 aku start praktikum kat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Aku akan buat yang terbaik untuk masa depan aku..
Ye aku akan buat yang terbaik untuk masa depanku dan berusaha untuk perbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri aku…Itu janjiku untuk abah dan ma….
tempat aku praktikum
start 1 jun 2011

Wednesday, May 11, 2011

Lesen oh Lesen

MENYESAL!!!!!!!!!
Itulah yang dapat mengambarkan perasaanku sekarang ni..Buat lesen kereta dh dekat sebulan tapi masih tak dapat lesen P
bukannya aku tak lulus tapi perkhidmatan satu sekolah memandu ni hampeh..terlalu berkira..klu nk berkira sgt tak payah la jadi agen kami...
kalu tahu nk jadi mcm ni aku tak amik la lesen kt kedah ni..baik aku ambil kt kelantan biar mahal asalkan perkhidmatan tu berkualiti..
Bab-bab duit cepatnya je suruh bayar tapi hasilnya mmg tak berbaloi..

aku minta lesen P dengan alasan dh nak balik kampung, bleh plak dia kata tak masuk kachi..aku bengang btul..hangin satu badan...dia ingat aku ambil lesen bayar pkai daun ke apa..

aku tak nak cakap la nama sekolah memandu 2..nnti memburukkan nama sekolah tu kesian plak kat diorang nak cari makan jap lg...

Monday, April 18, 2011

MY BELOVED FAMILY

Serius!!!!aku betul2 rindukan keluarga ku saat ni..pejam celik..pejam celik dh 2 bulan lebih aku x balik...rindu masakkan my mom..rindu nk tgk muka my dad yang serius 2..rindu my adik perempuan..rindu nk gaduh nga dua orang hero dlm kluarga aku..n rindu my niece..dh 6 bln tak tgk..dh besar kot dia..nk kenalkan org2 yang aku sayang nih nk brmakna dlm hidup aku......:)

ABAH & MA
Abah aku seorang yang low profile..mukanya sgt2 serius tapi hati baik..kdg2 umah kami akan riuh nga gelak tawa dek krn lawaknya..abah aku seorang pegawai kerajaan..memegang jawatan sebagai technician di pejabat tanah jajahan gua musang..suka melancong sama gak nga my mom..jodoh la katakan..kami adik-beradik tumpang senang sbb bleh mkn angin sama...hehe.x bagi can lansung ma nga abah nk honeymoon...tp ma abah suka bwk anak-anak..katanya klu mkn sedap2 xleh nk telan klu anak x mkn sekali..mmg bgus abah aku...huhu..

Ma aku lak seorang surirumah sepenuh masa..suka masak suka kemas umah..kdg2 kami adik beradik terpaksa mendengar ma membebel sbb sepahkan umah dan malas duk goyang kaki je..klu duk kt umah kena bangun2 awal pagi klu x smpai ke maghrib la mood ma x elok...bab masak lak aku rasa ma la plg terer masak..(biasa la ma aku..msti la sedap)..hehe..aku pernah merajuk sbb nk mkn sambal bilis ma buat tp ma lak suh kak yang buat....xsuka mkn org lain pnya...ermmm bru aku tahu nape abah sayang sgt kt ma..rupenya ma jaga perut abah ngan masakannya..air tangan isteri xde sape bleh lwn..


my dad n mom (masa kt srawak)



KAKAK
Actually, aku ada enam orang adik beradik..Tapi Allah lebih sayangkan kakak sulungku.. Amira Saryani..cantik nama 2 secantik tuannya...aku rindukan arwah kak aku...Al-Fatihah untuk arwah kak ra. okay kakak aku yang kedua namanya Amilia. umur 25 tahun..dh kawin dan mempunyai seorang anak perempuan..kak aku sorang ni suka marah2..banyak kali tukar tempat kerja..aku pn xtau la..tp sekarang dh okay.dia seorang yang tegas dlm semua perkara..so klu nk bankang apa2 je psl dia,kena sediakan point yg ckup sbb dia akan bahaskan sampai kita kering idea..dasyat kak aku ni..hehe..

my sister 'Amilia Anuar'


ADIK PEREMPUANKU
ni adikku..namanya Adila Adlin..beza umur aku ngan dia 5 tahun..aku ingat kan aku yang bongsu rupanya ada lg tiga bwh aku..hehe..best gak jadi anak bongsu..msti apa yang diinginkan akan dipenuhi...tp aku bangga..hidupku xde la sunyi sgt klu ada adik2 ku..adikku yang ni bru lepas SPM..dia lah paling menyerlah dan pandai di antara kami adik beradik..masa umur 5 tahun dh mewakili negeri dalam pertandingan bercerita dan nasyid..bayangkan budak umur 5 tahun boleh hafal skrip cerita yang panjang 2..aku salute la kt dia sbb jd juara bercerita..adikku ni bleh tahan gak keras hati mcm kak aku jgk, berani dan tegas..aku x brapa suka dia couple awal2..x nak la dia tiru aku couple zaman2 skolah..bukan apa tkut prestasi akademik jatuh je..tp dh nama bdk xleh nk halang..asal pndai jaga diri sudah..huhu..


Adila Adlin Anuar

ADIK LELAKI YANG SULUNG
Yang ni namanya syakirin..kami panggil akir..aku suka gaduh ngan dia..klu balik cuti semester x sah klu aku x menyakat dia..sampai dia takut klu aku balik..mana tak nya klu dia gaduh ngan adik bongsu aku,mesti aku salahkan dia wlaupun aku tahu adikku yang bongsu 2 slah.. tambah plak aku sakitkan hati dia lagi dan lagi..kesian kt dia…anyway aku sebenarnya saying kt dia..klu dia xde mesti sunyi xleh nk kacau dia…okay keistimewaan adikku ni, dia suka giler2 melukis..termasuklah lukis pelan umah..sanggup ni download google sketch up..sofware autoCAD je blum download lg..dia lebih explore brbanding aku yang sememangnya belajar autoCAD kt uum ni..aku harap dia dapat capai cita2nya nk jd arkitek berjaya suatu hari nanti..


Nur syakirin Anuar


ADIK BONGSUKU

Ni mungkin dh bongsu kot…hehe..namanya syafiq..mmg nakal sesuai ngan namanya..suka gaduh ngan abangnya..dan suka buat2 citer nk bgi kami marah abang..kesian kt abangnya..dulu masa lahirkan dia ma kena operate sbb songsang..mmg patut la pn..skrg pn dia xleh duk diam..mkn banyak…hehe..anak bongsu kesayangan ma..skrg dh nk msuk darjah 4 tp ma still xleh berenggan ngan dia..nk balik kampong shari pn kena bwk..biasa la anak bongsu..huhu..

Nur Syafiq Idzham Anuar

MY NIECE
Ibarat penyeri dalam rumah kami..satu-satunya anak perempuan kakak ku..nama Arifah Najwa bt Amran..mak ngah rindu sgt2 kt wawa….T_T

my niece 'Arifah Najwa Amran

Sekian...
ini kisah keluarga aku..
peaceee...


Tuesday, April 5, 2011


KENANGAN INDAH…….:)

Mak aii…sibuknya this month..nak kena submit assignment yang melambak…presentation sedang menanti dan soalan2 dr lecture tggu masa je nk serang my group assignment.

Tapi entry kali bukan nak ckap pasal assignment yang bertimbun ye..x nak ingat..nnti aku brtambah stress..tapi kali nak story tentang dinner ari 2..
Red carpet dan background yg menarik...ala2 artis gitu..hehe


Saat-saat akhir nak g dinner aku mati akal…mana tak nya member yang akan make up aku tiba-tiba kena balik trengganu…emergency case katanya…adoiii la…dlm hati aku terdetik msti mlm ni aku nmpak cam badut sbb aku mmg tak pandai nk make up tebal..aku p kelas pn aku make up simple2 je..Cuma pkai foundation, bedak, eyeliner n lip balm…2 je yg aku reti..

ni gambar sekitar dinner pada malam 2:



student BDM last year brgambar kenangan

sweet memory BDM

Nak tahu sape member aku 2???jeng..jeng….iaitu Cik Lavvy(CL)..dia la member aku dari sem 1 lagi..sbb masa 2 kami 1 group time mggu orientasi.. smpai sekarang kami baik..yg lain buat hal masing2 lps mggu orientasi..walaupun dia x jd make up aku pd ari kejadian, aku brterima kasih kt CL sbb telah bagi aku pinjam alat make up dia…skrg aku dh pndai make up sndiri..ada gak org puji…wahhh…x sangka..aku make up cincai2 pn ada org puji..ada plak yg sruh aku pkaikan dia eyeshadow..lawakkk btul....

Best mlm 2…tak larat dah nk brgambar sana sini..setiap sudut hotel kami snap..suka dpt member sekepala..mmg giler brgambar mcm aku gak..tapi 1 je aku x brpuas hati sbb aku xleh karaoke…aku mmg minat karaoke tapi aku malu…malu tapi mahu gitu…

member2 BDM


 
baju putih 2 namanya leen, fariz, nuar, aswad, GG, iman, wani, izyan n siti

Saturday, April 2, 2011



CERITA SEORANG SAHABAT

Pada suatu hari, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk penghidupan baru. setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat ini ketika mereka sampai di satu persinggahan.

Sahabat pertama yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat baiknya kerana tidak bersetuju dengan keputusannya untuk mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sama sekali sahabat baik yang disayangi tergamak berbuat demikian terhadapnya.

Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil tubuhnya termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu lalu menulis sesuatu di atas tanah yang berpasir tempatnya berdiri.
" HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU ".

Mereka meneruskan perjalanan meredah hutan dan bukit hinggalah merka sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Tetapi entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang bertubuh kecil dan kurus tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri. lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir sahaja sahabat ini lemas, tetapi dia bernasib baik kerana sahabatnya yang berbadab besar dan tegap berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian dia menulis lagi tapi kali ini pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut.
" HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU ".

Sahabat yang bertbuh besar dan tegap terpinga-pinga. Lantas dia bertanya:
" Selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas tanah berpasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. Kenapa? "

Jawab sahabat yang bertubuh kecil:
" Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, maka catatkan ia di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya. "



Wednesday, March 30, 2011

DEMI PERSAHABATAN.....

Tak tahu nak tulis psl apa...tapi tajuk di atas membawa pelbagai maksud...
Demi persahabatan MP sanggup rendahkan ataupun lupakan terus ego yang ada dalam diri MP.,,
Setiap manusia sume ada ego, cuma yang membezakan ialah sma ada banyak ngan sedikit je..
MP pun tak tahu apa salah MP sehingga seorang kwan Mp ni kadang2 okay kadang2 tak okay ngan MP..pening la klau MP ada buat salah terus terang je lah..senang bleh MP perbaiki diri ni..tak sume manusia ni sempurna dan setiap manusia pasti ada melakukan kesalahan sama sedar ataupun tidak.

Okay berbalik pada persahabatan..MP rela merendahkan ego pergi tegur kwan MP yang selalu buat muka ngan MP..terpaksa menebalkan muka untuk memulakan perbualan bagi mempertahankan sebuah persahabatan..walaupaun dia dingin dan cakap acuh tak acuh..MP tetap sabar...Ada 2 bulan je lagi MP nak abiskna saki baki pengajian di uum ni..

Sebelum ni MP tak pernah merendahkan diri pada orang lain...ego ckup2 tinggi...sukar nak memaafkan orang yang pernah buat salah besar dan mengaibkan MP depan umum..tapi MP akan minta maaf kalu MP btul2 salah..tapi kali ni situasi ckup berbeza..dulu MP pernah give up..rasa mcm xde orang dah nak kwan nga MP..tapi Alhamdulillah kini MP berjanji pada diri biar lah dia nk kwan ke tak nak..yang penting MP hepi nga nga hidup dan diri MP serta  sedar t/jwb MP sebagai harapan ma dan abah....

Monday, March 28, 2011

GEMPA BUMI SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Keratan akhbar kosmo 28 Mac 2011


Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut. 

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi. 

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Monday, March 21, 2011


PENING VS PUSING..LALALA

Waduh2 pening dan pusing kepala MP fikir pasal pakaian untuk dinner BDM ni.. Tema pn dah ganazz PIRATE & STYLO.. Macamana ye fesyen Pirate dan Stylo…jom kita guna teknologi yang ada….hihi..Kita search dan teropong kat GOOGLE.
yang ni cantik.sbb MP suke kaler pink




Alamak!!!! Xsanggup MP nk pakai Fesyen Pirate..Dengan mata tutup sebelah…kalu ada satu set Costume pirate ok gak..sekali ngan cangkuk..lg nampak real…kikiki….tapi tak mungkin MP berani memakai pakaian sebegini rupa…Nampak ganaz ya amat,,MP ni kan lemah lembut orangnya…haha (perasan..masuk bangkul angkat sendiri)..biar la tak bergelar QUEEN OF THE NIGHT pun….hahaha..memang tak pernah dapat pun…siapa la MP ni kan…MP LOW PROFILE orangnya…he..he…

Jom kita teropong stylo style plak…macamna gaya stylo..aksesori dia mcmna….aduh penatnya nak searh…nil ah akibat buta fesyen…kah..kah…




Hah!!! Stylo okay sikit berbanding pirate..mungkin MP akan pilih Stylo style…ok gak…nampak gak kemelayuannya…esok MP nak p shopping nga roommate..baru terhegeh-hegeh nak p cari….dinner ada shari je lagi….huh!!!

Ni lagi masalah MP..siapa yang nak make up kan MP ni…aduhhh!!!!pening nya..MP memang tak pandai nak make up..takpe lepas ni MP g kursus…jom kita cari mangsa MP dari member2 MP..

Yeah…yeah...dah jumpa pn orangnya….nak tahu siapa?suprise….nantikan update MP seterusnya kalu nak tahu..kita tgk hasil Make up dari kawan MP ni…tgk Mcmna dia kerjakan muka MP ni..hihi..hihi..

Holiday Villa Hotel..tunggu kedatangan MP..sediakan red carpet untuk MP.. tak sabar tunggu 22/03/2011..last memory this semester ngan geng2 BDM….:)

Saturday, March 19, 2011


ALHAMDULILLAH………….
Mood dah kembali okay…. Sekarang dah boleh tersenyum hehehe….Nak tahu kenapa???
Sebab MP tahu ramai orang yang sayangkan MP… especially abah dan ma yang tak putus2 bagi nasihat.. I LOVE U ABAH & MA

Selain abah dan ma… MP ada ‘MR.K’. Walaupun kami berjauhan beribu batu, tapi perhubungan kami lancar. Dia selalu pesan kat MP

SABAR LA…MUNGKIN NI UJIAN ALAM PENGAJIAN..NANTI KEJE LAGI BANYAK UJIAN..JANGAN FIKIR SANGAT MASALAH 2..SEKARANG FOKUS PADA STUDY JE’
Sedikit sebanyak MP dapat suntikan semangat dari dia.. THANKS SAYANG

Terima kasih gak kat my roommate ‘HAZWANI’.  Dia lah tempat MP meluahkan masalah MP yang sarat ni..dia banyak bagi MP motivasi dan nasihat..antara motivasi yang banyak dia bagi ialah kata-kata yang dipetik daripada Datuk Fazdilah Kamsah. Kadang2 terfikir betul gak kata my roommate.kita ambil masalah ni dari segi positif jangan sebaliknya..

’KALAU KITA MENGELUARKAN AURA POSITIF KEPADA ORANG SEKELILING KITA INSYA’ALLAH ORANG JUGA KAN MEMBERI AURA POSITIF’ THANKS ROOMATE….

ni time kursus protokal kat EDC hotel..biasalah dh last sem..dia ajar cara beretika dlm majlis.hehe..syok dpt mkn chicken chop n mushroom sup
kenangan celebrate besday roomate
 ni lah roomate MP..orangnya simple2 je...tapi dh berpunya tau.....

Dan MP yakin ALLAH sentiasa ada di samping MP..menjaga dan melindungi MP..dan ujian yang Dia beri adalah untuk menguji kekuatan dan kesabaran hambaNya.
Kini MP mendapat semula keyakinan MP yang kian hilang..sekarang matlamat MP nak habiskan pengajian MP dengan kejayaan bukan kegagalan.. biarlah masalah ni berlalu..smoga ALLAH memberi hidayah kepada orang tersebut..mungkin ada HIKMAH di atas apa yang berlaku..