Wednesday, March 30, 2011

DEMI PERSAHABATAN.....

Tak tahu nak tulis psl apa...tapi tajuk di atas membawa pelbagai maksud...
Demi persahabatan MP sanggup rendahkan ataupun lupakan terus ego yang ada dalam diri MP.,,
Setiap manusia sume ada ego, cuma yang membezakan ialah sma ada banyak ngan sedikit je..
MP pun tak tahu apa salah MP sehingga seorang kwan Mp ni kadang2 okay kadang2 tak okay ngan MP..pening la klau MP ada buat salah terus terang je lah..senang bleh MP perbaiki diri ni..tak sume manusia ni sempurna dan setiap manusia pasti ada melakukan kesalahan sama sedar ataupun tidak.

Okay berbalik pada persahabatan..MP rela merendahkan ego pergi tegur kwan MP yang selalu buat muka ngan MP..terpaksa menebalkan muka untuk memulakan perbualan bagi mempertahankan sebuah persahabatan..walaupaun dia dingin dan cakap acuh tak acuh..MP tetap sabar...Ada 2 bulan je lagi MP nak abiskna saki baki pengajian di uum ni..

Sebelum ni MP tak pernah merendahkan diri pada orang lain...ego ckup2 tinggi...sukar nak memaafkan orang yang pernah buat salah besar dan mengaibkan MP depan umum..tapi MP akan minta maaf kalu MP btul2 salah..tapi kali ni situasi ckup berbeza..dulu MP pernah give up..rasa mcm xde orang dah nak kwan nga MP..tapi Alhamdulillah kini MP berjanji pada diri biar lah dia nk kwan ke tak nak..yang penting MP hepi nga nga hidup dan diri MP serta  sedar t/jwb MP sebagai harapan ma dan abah....

Monday, March 28, 2011

GEMPA BUMI SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.
Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.
Keratan akhbar kosmo 28 Mac 2011


Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut. 

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi. 

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Monday, March 21, 2011


PENING VS PUSING..LALALA

Waduh2 pening dan pusing kepala MP fikir pasal pakaian untuk dinner BDM ni.. Tema pn dah ganazz PIRATE & STYLO.. Macamana ye fesyen Pirate dan Stylo…jom kita guna teknologi yang ada….hihi..Kita search dan teropong kat GOOGLE.
yang ni cantik.sbb MP suke kaler pink




Alamak!!!! Xsanggup MP nk pakai Fesyen Pirate..Dengan mata tutup sebelah…kalu ada satu set Costume pirate ok gak..sekali ngan cangkuk..lg nampak real…kikiki….tapi tak mungkin MP berani memakai pakaian sebegini rupa…Nampak ganaz ya amat,,MP ni kan lemah lembut orangnya…haha (perasan..masuk bangkul angkat sendiri)..biar la tak bergelar QUEEN OF THE NIGHT pun….hahaha..memang tak pernah dapat pun…siapa la MP ni kan…MP LOW PROFILE orangnya…he..he…

Jom kita teropong stylo style plak…macamna gaya stylo..aksesori dia mcmna….aduh penatnya nak searh…nil ah akibat buta fesyen…kah..kah…




Hah!!! Stylo okay sikit berbanding pirate..mungkin MP akan pilih Stylo style…ok gak…nampak gak kemelayuannya…esok MP nak p shopping nga roommate..baru terhegeh-hegeh nak p cari….dinner ada shari je lagi….huh!!!

Ni lagi masalah MP..siapa yang nak make up kan MP ni…aduhhh!!!!pening nya..MP memang tak pandai nak make up..takpe lepas ni MP g kursus…jom kita cari mangsa MP dari member2 MP..

Yeah…yeah...dah jumpa pn orangnya….nak tahu siapa?suprise….nantikan update MP seterusnya kalu nak tahu..kita tgk hasil Make up dari kawan MP ni…tgk Mcmna dia kerjakan muka MP ni..hihi..hihi..

Holiday Villa Hotel..tunggu kedatangan MP..sediakan red carpet untuk MP.. tak sabar tunggu 22/03/2011..last memory this semester ngan geng2 BDM….:)

Saturday, March 19, 2011


ALHAMDULILLAH………….
Mood dah kembali okay…. Sekarang dah boleh tersenyum hehehe….Nak tahu kenapa???
Sebab MP tahu ramai orang yang sayangkan MP… especially abah dan ma yang tak putus2 bagi nasihat.. I LOVE U ABAH & MA

Selain abah dan ma… MP ada ‘MR.K’. Walaupun kami berjauhan beribu batu, tapi perhubungan kami lancar. Dia selalu pesan kat MP

SABAR LA…MUNGKIN NI UJIAN ALAM PENGAJIAN..NANTI KEJE LAGI BANYAK UJIAN..JANGAN FIKIR SANGAT MASALAH 2..SEKARANG FOKUS PADA STUDY JE’
Sedikit sebanyak MP dapat suntikan semangat dari dia.. THANKS SAYANG

Terima kasih gak kat my roommate ‘HAZWANI’.  Dia lah tempat MP meluahkan masalah MP yang sarat ni..dia banyak bagi MP motivasi dan nasihat..antara motivasi yang banyak dia bagi ialah kata-kata yang dipetik daripada Datuk Fazdilah Kamsah. Kadang2 terfikir betul gak kata my roommate.kita ambil masalah ni dari segi positif jangan sebaliknya..

’KALAU KITA MENGELUARKAN AURA POSITIF KEPADA ORANG SEKELILING KITA INSYA’ALLAH ORANG JUGA KAN MEMBERI AURA POSITIF’ THANKS ROOMATE….

ni time kursus protokal kat EDC hotel..biasalah dh last sem..dia ajar cara beretika dlm majlis.hehe..syok dpt mkn chicken chop n mushroom sup
kenangan celebrate besday roomate
 ni lah roomate MP..orangnya simple2 je...tapi dh berpunya tau.....

Dan MP yakin ALLAH sentiasa ada di samping MP..menjaga dan melindungi MP..dan ujian yang Dia beri adalah untuk menguji kekuatan dan kesabaran hambaNya.
Kini MP mendapat semula keyakinan MP yang kian hilang..sekarang matlamat MP nak habiskan pengajian MP dengan kejayaan bukan kegagalan.. biarlah masalah ni berlalu..smoga ALLAH memberi hidayah kepada orang tersebut..mungkin ada HIKMAH di atas apa yang berlaku..

Wednesday, March 2, 2011

SEDIH

Sedih memikirkan nasib aku di sini...Selama aku berada di bumi Sintok mcm2 karenah manusia aku jumpa..termasuk kawan aku sendiri..

Entah la kdg2 aku terpikir kenapa la aku ni bak sgt nga orang sampai ore pijak kepala dan takde rasa hormat kat aku..Aku dah letih, penat dan seumpamanya menjaga perasaan mereka.. perasaan aku ada mereka kisah..

Saat ni aku merasa ingin sahaja aku menangis..kenapa aku harus jumpa nga manusia2 seperti ini..

Aku rindukan best friend aku..LIZA, ANIS dan LEEN..walaupun kami bawa haluan masing2 tp kami still kwn sampai bila-bila..

Tak sabar nk habiskan pengajian ku yang hanya berbaki 3 bulan saje lagi...
Ya Allah..berikan lah aku kekuatan untuk hadapi hidup yang mencabar ni yang penuh berliku..kuatkan semangat ku untuk habiskan semesta ini dengan pengakhiran yang baik.

                                                                                                ME,ANIS DAN LEEN

                                            AKU DAN LIZA...SHE IS MY BEST FRIEND 4EVER N EVER

                     'KAMI'>KWN2 YG BUAT AKU EPI GILER..TIME JUMPA MMG TAK KERING GUSI..I MISS U OLLS