Tuesday, March 27, 2012

BILA JAUH ^_^


Dah lama tak buat entri tentang my Mr. K..Hari ini perasaan bercampur baur, sedih dan kurang bersemangat.Hari ni Mr K ke Perkampungan orang asli atas urusan kerja, bukan jauh pun tapi perasaan ni sentiasa ngada-ngada..So aku kena tinggal hampir seminggu jgk la..Ikutkan hati memang tak bagi dia pegi tapi aku akur dengan desakan tugasnya. Bukan tak biasa berjauhan tapi kali ni lain sikit sebab tak dapat berhubung , al maklumlah kat sana line telefon ngak ada..So, seminggu la aku berstatus single, but not available..kihkihkih..tiada lagi deringan telefon mesti bosan..Tapi kalau dia ada, takde la aku duk ngan HP 24 jam pun..Saje la ni nak ngada-ngada..Tapi betul kata orang, bila seseorang jauh tinggalkan kita baru kita nak menghargai, baru rindu dan baru lah sayang lebih..Tapi bila dekat ade je benda yang tak puas hati..gaduh sampai berhari-hari..hai dunia2…..
So, pesanan di sini hargai la pasangan selama dia masih bersama kita. Selamat berkerja my mr K..jaga diri elok-elok………………

Monday, March 19, 2012

Nikah Gantung


Aku terbaca satu akhbar yg dah lama..yang mendedahkan tentang NIKAH GANTUNG...hahaha..Entah kenapa tertarik nak baca sampai habis..selalunya kalau baca paper,aku tertarik dengan berita tentang kemalangan,kes culik,kes si dara lari ngan teman lelaki. tapi kali ini tertarik dengan satu isu NIKAH...Aku rasa mungkin disebabkan faktor umur yang udah meningkat ni masih lagi berstatus single mingle...:-)

Mentang2 la umur dah semakin meningkat dan belajar pun dah ke penghujungnya ramai lak yg duk tanya bila nak kahwin? dah ada calon ke?letih aku nak jawab soalan2 ni..mcm la aku ni dah tua sangat..makcik2 yg tanya calon ada ke tak mungkin nak cari calon untuk aku kot...hihiihihi....

Siapa yang tak nak kahwin..semua perempuan mengimpikan mempunyai keluarganya sendiri..bersama suami dan anak2..aku pun sama cuma jodoh tak sampai lagi,tapi aku hepi tgk kawan2 satu sekolah dah kahwin, dah ada anak..insyaAllah sampai masa nanti aku kahwin. Aku nak share sedikit info mengenai "Nikah Gantung".



Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.


Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  1. Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  2. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  3. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
  4. Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya. Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini kita dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelihara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku. Ini menunjukkan bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat kita. 

Monday, March 12, 2012

KeHiLanGan ADiK NuR NaDiRaH TeRjAwAb

.....Tersentap aku bila baca paper hari ni tentang kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang awal bulan mac tahun ni..Selepas hampir seminggu kehilangannya, hari ni segalanya terjawab bila ada pihak menemui rangka manusia yang telah retung dibakar di ladang kelapa sawit..

AdiK NuR NaDiRaH

Hasil ujian DNA mendapati rangka yang dijumpai milik Adik Nur Nadirah..Ya Allah manusia semakin kejam..Manusia yang tak layak dipanggil manusia..Patut panggil Syaitan or B******G...Tergamak mereka bunuh dann bakar budak yang tak berdosa..yang tak tahu apa2..apa motif sebenar mereka..????

Ada sumber yang mengatakan nadirah hilang ketika ibunya asyik dengan facebook..sumber lain pulak kata nadirah teringin nk makan mee segera dan ibunya membiarkan nadirah pergi seorang diri..Kalau betul la sumber ni, pada pendapat aku,ibunya bleh dikatakan cuai dalam menjaga anak. Di usia 5 tahun nadirah dibiarkan ke kedai seorang diri. Kalau Allah dh bagi amanah (anak) jaga la dan hargai lah ia.

IBuBapa NaDiRaH




Entah kenapa aku terlebih emo bila dengar berita ni..mungkin disebabkan aku pun ada anak sdara sebaya adik nur nadirah..Sedikit sbanyak terkesan di jiwa aku. Aku harap sangat orang yang buat Nadirah akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

....Al-Fatihah untuk adik Nur Nadirah......