Thursday, January 12, 2012

ADA DUA PILIHAN

Terbaca dalam berita utusan malaysia semalam mengenai ujian lesen memandu. Mulai Jun 2012, rakyat malaysia diberi pilihan untuk mengambil lesen memandu dengan menggunakan kenderaan transmisi automatik atau manual...wah terbaikkkk.....Lepas ni nak pegi minta keje kat sekolah memandu lah. Nak jadi Cikgu memandu lak. Setakat kereta Automatik, aku pun bleh ajar...HakHakHak (poyo je)

Kereta Transmisi Automatik


Kalau dilaksanakan dari dulu lagi tak payah la aku susah2 sampai 2 kali mengulang duit pn banyak melayang...hahaha..tapi kira ok lagi 2 kali ulang,aku tgk orang lain sampai ada yang lima kali. Ramai yang fail masa mendaki bukit. Paling kesian, bila mereka yang melakukan kesalahan mandotori iaitu kesalahan yang membahayakan pemandu lain dan tak boleh dipertimbangkan lagi. Baru je keluar gate sekolah memandu, JPJ ambil tempat di bhagian memandu..apa tandanya 2? Tandanya budak 2 gagal dalam ujian jalan raya..semua yang tunggu giliran utk diuji tergelak. Kesian Budak 2, betapa malunya dia. Aku bleh bayangkan perasaannya sebab bagi aku,klu tak biasa memang susah bawa kereta manual ni.

Kereta Transmisi Manual


Tapi tak kisah lah at least aku bleh bawa dua jenis kereta sama ada manual atau automatik berbanding mereka yang mengambil lesen dengan transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan menggunakan kereta automatik saje. Apa2 pun aku sokong niat kerajaan ingin lahirkan pemandu yang berkualiti...(',')




Tuesday, January 10, 2012

I GOT FLU AGAIN...!!!

ARGHHH...tak boleh bernafas..seksanya bila demam selesema kembali menyerang antibodi ku..Makan pun dah tak rasa ape2..hambar je sebab hidung dah tersumbat. Macam ni lah klu jarang demam. Kadang2 rasa serik wlaupun flu ni tak memudaratkan badan pun berbanding penyakit lain.Walaupun dah makan ubat tapi masih takde perubahan pun. Tapi takpe, orang kata sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Hari ni aku masih pergi keje macam biasa. Malas lak nak ambik MC sebab duk kat rumah pun boring jgk. So aku gagahkan diri bangun pagi2 pergi keje walaupun hari ni hujan tak berhenti menambahkan lagi keperitan yang ku rasakan. 
Kat bawah ini sedikit info berkenaan demam selesema.
Mcmni la gaya aku klu demam..tisu mesti letak disisi senang untuk proses pembuangan virus2..:)
Maksud deman selsema

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.


Tanda-Tanda Deman Selsema
  • Tekak yang kering atau sakit
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). 
  • Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.
  • Bersin
  • Batuk
  • Hilang deria bau dan rasa

Cara mengatasi Deman Selsema

  • Berehat secukupnya. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam
  • Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas.Menghadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk bagi mengelakkan penyebaran virus kepada orang lain.
  • Meminum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).
  • Berkumur-kumur dengan air garam yang suam untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.
  • Makan ubat dan dapatkan nasihat doktor.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tuesday, January 3, 2012

6 SIKAP LELAKI BUAT WANITA BOSAN


Sebenarnya banyak sikap org laki yang buat wanita bosan, tapi yang 6 sikap di bawah merupakan paling2 wanita tak suka. So org laki sila ubah sikap anda kalau sayangkan teman wanita okay.....


    1.   LELAKI PERASAN 
Bermaksud lelaki yang suka menunjuk-nunjuk kelebihan dan kemewahan yang ada. Contohnya Hensem        dan kaya. Ada sesetengah wanita sanggup bertahan tetapi mungkin wanita yang meterialistik.


    2.   LELAKI EGO


Pantang perempuan tegur kesalahan yang mereka lakukan, mereka pasti melenting. tidak hairan jika ada sesetengah suami atau teman lelaki yang yang bertindak menampar isteri dengan hanya satu teguran. itulah ego lelaki kerana mereka beranggapan mereka sahaja yang betul dan mempunyai kuasa ke atas wanita.

    3.  SERING BERBAHASA KASAR


Bagi lelaki, ia merupakan sikap biasa sahaja tapi bagi wanita yang lebih sensitif, mereka tentunya akan sering makan hati dengan sikap lelaki begini. Jadi ketika berbual dansebelum mengeluarkan kata perlu berfikir terlebih dahulu agar tiada hati yang akan terluka.


    4.  MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Hal ini berlaku kerana lelaki merasakan diri mereka sahaja yang mempunyai hak dalam membuat keputusan.
Lama kelamaan wanita akan berasa tertekan sekali gus menganggap anda tidak hadir dalam dirinya.


    5.  TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


tanggungjawab merupakan sikap yang diamanahkan oleh Allah. Tidak kira sama ada dalam perhubungan dan rumah tangga. jika tidak bertanggunjawab,kita tidak tahu bagaimana ingin menilai sebuah perhubungan. adakah cinta hanya berdasarkan paras rupa, kekayaan dan keturunan. Lelaki yang bertanggunjawab sangat disukai oleh wanita kerana mereka merasakan sangat selamat bila hidup berumah tangga kelak. 


   6.   TIDAK BERAGAMA


Cinta bukan sahaja kepada umat shj tetapi kecintaan yang lebih penting adalah kepada Allah swt. Jgn jadi seorang yang jahil tentang agama. InsyaAllah jika kita beragama, pasangan juga akan merasa senang hati.

SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua semoga thun 2012 menjadi titik permulaan untuk kita semua berazam dan berubah ke arah yang lebih baik.

Selamat kembali ke sekolah juga kuucapkan kepada semua adik2 especially adik2 ku. Hari ni, hari pertama adik2 ku memulakan persekolahan untuk sesi 2012. Kdg2 tersenyum sndiri melihat gelagat adikku bila hari pertama masuk sekolah. Bangun seawal jam 6.30 pagi. Saat ni semua isi rumah ku kelam kabut. ma aku sibuk di dapur menyiapkan breakfast utk kami,adik2 pula masa 2 la nak mandi, masa 2 jgk la nak iron baju..memang kalut.

Suka aku tgk adikku yg bongsu begitu bersemangat nak ke sekolah hari pertama. Almaklumlah semuanya baru. baju baru, beg baru, kasut baru, buku baru. Pendek kata semuanya baru. Hari ni dia bawa beg baru yang sarat dengan semua buku2 baru, aku cakap hari pertama mana belajar lg. Tapi tetap jgk nak bawa, kononnya nak belajar..:)

Berbeza dengan aku masa masuk darjah satu dlu. Punya la malas nak pegi sekolah sampaikan abah pegang rotan baru nak pegi. Sampai di sekolah bukannya belajar malah aku tido dalam kelas. Tapi alhamdulillah lepas dh pndai membaca, aku semakin rajin pegi sekolah.

Aku doakan semua adik2 aku berjaya dalam pelajaran especially adikku yang ambik STPM dan PMR tahun ni. belajar rajin2 dan ingat pengorbanan abah dan ma. Untuk adik bongsu ku, belajar rjin2 dr sekarang klu nak keputusan UPSR yang cemerlang 2 thun lg.