Tuesday, July 10, 2012

Wahai Hati Bersabar lah

" Wahai hati kau sabar lah dengan setiap ujian yang datang..Percayalah kesabaranmu akan memperolehi hasilnya nanti dan percayalah orang yang sabar disayangi Allah "


Sedaya upaya tuan empunya hati memujuk hatinya untuk terus bertahan setiap kali hati merasa sakit bila  mendapat kata2 hinaan dari seseorang. Hati sentiasa sedih melihat tuannya diperlakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan.Kadang2 hati seakan-akan tidak mampu bertahan tp tuan empunya hati ini tidak pernah putus asa memujuk dan terus memujuk. Hati sedih bila melihat tuannya menangis mengenangkan nasib dirinya diperlakukan seperti orang bodoh.



Namun hati tidak mampu berbuat apa2 kerana tuannya merupakan seorang yang lurus, baik dan bertanggungjawab demi mencari rezeki yang halal. perkara yang paling hati tidak suka dengan tuannya ialah tuannya terlampau baik dan tidak berani meluahkan perasaan tidak puas hatinya dan suka memendam perasaan seorang diri. Andai la tuannya seorang yang berani, hati lah pertama skali akan melonjok gembira. 
Hati berharap dan berdoa tuannya kuat dalam menghadapi ujian dan cabaran yang dihadapi. semoga tuan ku mendapat pekerjaan yang lebih baik agar penderitaannya berakhir. Hati percaya dengan kata2 tuannya, " sabar itu penting. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. untuk mendapatkannya kita perlu susah dahulu dan jangan pernah mengeluh dengan ujian yang datang dariNya. Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuannya ".