Tuesday, September 13, 2011

TENGAH MENCARI MOOD REPORT

Anyway aku nak juga tulis something dalam blog pada tarikh ni....suka tarikh ni 13 September 2011 sebab besday someone yg special...this video dedicate to him...


Tik tok tik tok..saat, minit, jam, hari, bulan terus berlalu tanpa berhenti sesaat pun...lagi 2 minggu nak menghabiskan sisa praktikum di KESEDAR...aku entah ke mana, buku log entah ke mana dan report entah ke mana...aku masih dalam khayalan aku..tak sedar report baru je 20% siap..malasnya aku ni...due date dah dekat..orang lain tengah kalut siapkan report aku masih dalam dunia ku.....huhu

This week, aku sibuk giler2 nga keje bertambun atas meja aku..mengalahkan staff keje atas meja ku...minit mesyuarat, powerpoint untuk bos aku yang buat..mcm aku plak yang nak buat presentation...tapi aku suka, at least aku dapat belajar satu yang baru dan bos meletak kepercayaan kt aku untuk siapkan semua keje tu....

Bulan ni juga banyak jemputan majlis rumah terbuka hari raya..KESEDAR sendiri buat rumah terbuka..So bertambah kalut lah aku menyiapkan surat jemputan untuk beratus orang..sampai terpaksa sambung kat umah dan buat kerja lebih masa..

Baru aku merasai tekanan kerja yang sebenar..3 kerja nak disiapkan dalam masa yang sama..adoiii pening...bila lah aku bleh sentuh report aku kalau macam ni lah gayanya...takpa lah..untuk merebut markah tinggi dari majikan aku sanggup walaupun penat..harap result yang aku dapat nanti berbaloi dengan apa yang aku lakukan selama 4 bulan dalam jabatan ni....:))))

my bos En.Aziz


Monday, September 5, 2011

Sekiranya Dia Ditakdirkan Untukku

5 September 2004 terseminya cinta antara dara dan teruna...saling sayang menyayangi antara lelaki dan wanita merupakan fitrah hidup...saling percaya mempercayai, kejujuran, keikhlasan kesetiaan, kesabaran dan menerimanya seadanya menjadi perkara utama yang dijaga...7 tahun cinta bersemi, ku memohon kepadaMu Ya Allah semoga cinta dan kasih sayang antara kami berkekalan dan menemui penghujung yang baik iaitu perkahwinan seperti yang dikehendaki olehMu...



سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi


Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera


Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa


Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya


Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku


Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU


Amin Ya Rabbal Alamin