Monday, September 5, 2011

Sekiranya Dia Ditakdirkan Untukku

5 September 2004 terseminya cinta antara dara dan teruna...saling sayang menyayangi antara lelaki dan wanita merupakan fitrah hidup...saling percaya mempercayai, kejujuran, keikhlasan kesetiaan, kesabaran dan menerimanya seadanya menjadi perkara utama yang dijaga...7 tahun cinta bersemi, ku memohon kepadaMu Ya Allah semoga cinta dan kasih sayang antara kami berkekalan dan menemui penghujung yang baik iaitu perkahwinan seperti yang dikehendaki olehMu...



سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi


Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera


Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa


Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya


Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku


Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU


Amin Ya Rabbal Alamin




No comments:

Post a Comment