Saturday, December 10, 2011

Alhamdulillah...berbaloi pengajian selama 3 tahun

Niat hati bukan mahu menunjuk, tapi sekadar luahan hati dan berkongsi kegembiraan dengan semua. Syukur alhamdulillah full result telah pun diumumkan. Syukur sgt2 dengan result semester akhir sekaligus merupakan result sebenar bagi tempoh pengajian aku selama 3 tahun di Universiti Utara Malaysia.

Kadang-kadang rasa rugi tak study rajin-rajin masa semester 1,2,dan 3.. Semester 4,5 dan 6 baru minda ku terbuka untuk terus berjuang mendapatkan result yang terbaik selepas aku mendapat surat daripada pihak uum untuk menghadiri satu ceramah 'Jihad Ilmu' untuk pelajar-pelajar yang mendapat CGPA bwh 3.00. Perasaan malu telah meransang aku untuk meningkatkan CGPA, hasilnya aku berjaya.

Semester akhir juga banyak pengalaman yang mematangkan aku. Sentiasa dengan linangan air mata dek kerana teman-temanku, konflik yang timbul dan fitnah. Nasib ada roomate yang sentiasa memberi nasihat dan memahami aku. Masalah menjadikan aku lebih bersemagat untuk membuktikan kepada mereka yang menfitnah aku, yang aku boleh berjaya tanpa mereka.

Anyway aku nak ucapkan terima kasih pada lecture dan praktikum aku Dr. Nazaruddin dan En.Abd Aziz Ahmad kerana telah menilaiku dengan baik. Terima kasih juga kepada semua kakitangan KESEDAR especially Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia kerana berkongsi ilmu dan memberikan aku tugas. Kalau takde tugas tak dapat la aku karang report...:)

Sekarang aku sudah berkerja sebagai account clerk di sebuah company. Sudah tiba masanya aku membantu ma dan abah..InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusanku dalam mencari perkerjaan yang lebih baik.. Assalamulaikum.....

Monday, December 5, 2011

Wanita Dianugerahkan Sifat penyanyang


Pernahkah korang tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang