Tuesday, January 10, 2012

I GOT FLU AGAIN...!!!

ARGHHH...tak boleh bernafas..seksanya bila demam selesema kembali menyerang antibodi ku..Makan pun dah tak rasa ape2..hambar je sebab hidung dah tersumbat. Macam ni lah klu jarang demam. Kadang2 rasa serik wlaupun flu ni tak memudaratkan badan pun berbanding penyakit lain.Walaupun dah makan ubat tapi masih takde perubahan pun. Tapi takpe, orang kata sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Hari ni aku masih pergi keje macam biasa. Malas lak nak ambik MC sebab duk kat rumah pun boring jgk. So aku gagahkan diri bangun pagi2 pergi keje walaupun hari ni hujan tak berhenti menambahkan lagi keperitan yang ku rasakan. 
Kat bawah ini sedikit info berkenaan demam selesema.
Mcmni la gaya aku klu demam..tisu mesti letak disisi senang untuk proses pembuangan virus2..:)
Maksud deman selsema

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.


Tanda-Tanda Deman Selsema
  • Tekak yang kering atau sakit
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). 
  • Suara parau-suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.
  • Bersin
  • Batuk
  • Hilang deria bau dan rasa

Cara mengatasi Deman Selsema

  • Berehat secukupnya. Kunci untuk memulihkan demam selsema ialah anda memerlukan tidur selama 12 jam
  • Duduk dalam persekitaran yang lembab dan panas tetapi bukan di dalam bilik yang terlampau panas.Menghadkan aktiviti, terutama semasa penyakit sedang teruk bagi mengelakkan penyebaran virus kepada orang lain.
  • Meminum banyak air iaitu lebih 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi (kekontangan).
  • Berkumur-kumur dengan air garam yang suam untuk meredakan kegatalan dan sakit tekak.
  • Makan ubat dan dapatkan nasihat doktor.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment