Tuesday, January 3, 2012

6 SIKAP LELAKI BUAT WANITA BOSAN


Sebenarnya banyak sikap org laki yang buat wanita bosan, tapi yang 6 sikap di bawah merupakan paling2 wanita tak suka. So org laki sila ubah sikap anda kalau sayangkan teman wanita okay.....


    1.   LELAKI PERASAN 
Bermaksud lelaki yang suka menunjuk-nunjuk kelebihan dan kemewahan yang ada. Contohnya Hensem        dan kaya. Ada sesetengah wanita sanggup bertahan tetapi mungkin wanita yang meterialistik.


    2.   LELAKI EGO


Pantang perempuan tegur kesalahan yang mereka lakukan, mereka pasti melenting. tidak hairan jika ada sesetengah suami atau teman lelaki yang yang bertindak menampar isteri dengan hanya satu teguran. itulah ego lelaki kerana mereka beranggapan mereka sahaja yang betul dan mempunyai kuasa ke atas wanita.

    3.  SERING BERBAHASA KASAR


Bagi lelaki, ia merupakan sikap biasa sahaja tapi bagi wanita yang lebih sensitif, mereka tentunya akan sering makan hati dengan sikap lelaki begini. Jadi ketika berbual dansebelum mengeluarkan kata perlu berfikir terlebih dahulu agar tiada hati yang akan terluka.


    4.  MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Hal ini berlaku kerana lelaki merasakan diri mereka sahaja yang mempunyai hak dalam membuat keputusan.
Lama kelamaan wanita akan berasa tertekan sekali gus menganggap anda tidak hadir dalam dirinya.


    5.  TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


tanggungjawab merupakan sikap yang diamanahkan oleh Allah. Tidak kira sama ada dalam perhubungan dan rumah tangga. jika tidak bertanggunjawab,kita tidak tahu bagaimana ingin menilai sebuah perhubungan. adakah cinta hanya berdasarkan paras rupa, kekayaan dan keturunan. Lelaki yang bertanggunjawab sangat disukai oleh wanita kerana mereka merasakan sangat selamat bila hidup berumah tangga kelak. 


   6.   TIDAK BERAGAMA


Cinta bukan sahaja kepada umat shj tetapi kecintaan yang lebih penting adalah kepada Allah swt. Jgn jadi seorang yang jahil tentang agama. InsyaAllah jika kita beragama, pasangan juga akan merasa senang hati.

2 comments:

  1. Assalamualaikum dik...
    Salam kenal...terima kasih sudi snggah blog akak...
    p/s...semua sikap tu mmng membosankan..tapi akak paling tak suka lelaki perasan..hehehehe..

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam..
    nk pnggil akak ke cikgu ni..confuse suda..
    miza x suka lelaki ego..hehe
    apa2 pn salam kenal cikgu

    ReplyDelete